Lemparkan seringgit dua..

Di khabar akan rakyat dari mulut ke mulut, dari kotak kaca ke kotak kaca yg di namakan orang namanya watsap, muka buku, ciapan burung berbagai… Akan ceritera Kerajaan PaHit yg memerintah akan negara di hujung dunia, Tanah Sekebun Syurga Dunia.

Di tinjau² akan berita, khabarnya seorang bangsawan bangsa seD4p sudahlah mengerjakan akan dayang yang juga pembantu urusan istananya. Akan wanita itu di rentap kain dan bajunya di rengus bangsawan yang mahu seD4pnya akan wanita itu… Menangislah akan wanita itu lemah longlai di kerjakan si pemabuk durjana bangsa seD4p…
Apapun bukanlah sekali itu jua… Ianya berulang kali, apatah lagi ketika sang isteri bangsawan keluar berlibur, sang laki segera balik memanjat… Suka bangsawan bangsa bangsat itu melihat wanita lemah itu meronta meminta nyawa. Arak togokannya membuatkan si bangsat itu gagal berfikir waras.

Sampailah waktu, wanita malang itu berjaya keluar kekangan pagar dek pengawal² yang lena… Lalu mengadulah wanita malang itu kepada penggawa² negeri… Akan penggawa negeri membawalah khabar itu mengadu kepada memanda menteri akan sifat durjana bangsawan keparat itu…

Penggawa negeri di suruh pergi bersama sang malang itu yang pastinya terancam….

Akan bangsawan durjana itu di panggil mengadap memanda menteri yang juga sebangsa dengannya…
Di tunjal² kepalanya oleh memanda menteri…
“kenapa aku tidak di ajak bersama?” . Terkejut sang keparat…. Rupanya kedurjanaan bangsa itu sama sahaja… Ramai sudah wanita pembantu di jadikan pemuas nafsu… Di sogok wang ringgit maka wanita kelamaan sudah bertukar menjadi betina menjalang. Di adu kepada penggawa pun tidak menjadi apa…baik sedap bersama di tabur ringgit emas dan tembaga…

“habis, durjana aku ini bagaimana? ” tanya sang bangsat kepada tuannya memanda menteri….
“apa susahnya… Kau hulurlah seratus dua ringgit…seribu pun bukan duit kau pun….minta sahaja di perbendaharaan atas nama tuntutan kerja sebagainya…selesailah ”

“jika dia tidak juga mahu selesaikan? “

“Usahlah kau gundah, hakim dan jurubela adalah jembalang kita… Kita yang menentukan keputusannya… ” senyum memanda…

“kau lihat sahajalah…. Hakim dan jurubela jembalang selamatkan Memanda Tuan Besar yang songlap dan rakus kuasanya, Berpuluh juta di rengus kononnya membuat jalan di bawah laut, pun tidak menjadi kudis kepada tuan besar, mereka juga yang kambus perihal seorang lelaki bangsa tanah ini yang di pukul mati…lalu apalah sangat onar kamu ini… “

“Sudahlah, baliklah… Usah resah gelisah, kita kan bangsa yang di jilat domba² lapar, mereka tidak akan ambil peduli, lemparkan seringgit dua, senyaplah”.

Arakian, begitulah nasib sang wanita malang…

Lalu tukang cerita pun memohon beredar…..

Tn Ismet GS

AnakPerakAntiD4p

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s